PROTOKOL KYOTO

Apakah Protokol Kyoto?

Protokol Kyoto merupakan persetujuan dalam Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim (UNFCCC), yang diterima sejagat tentang perihal pemanasan global.

Nama rasmi protokol ini ialah ‘”Kyoto Protocol to the United Nations Framework Convention on Climate Change (Protokol Kyoto dalam Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim). Protokol ini telah dibentangkan di Kyoto, Jepun pada Disember 1997, dan mula berkuat kuasa pada 16 Februari 2005 setelah pengesahan rasmi dilakukan oleh Rusia pada 18 November 2004. Protokol Kyoto ini adalah lanjutan daripada Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992.

Komitmen

Protokol Kyoto merupakan persetujuan sah oleh negara-negara perindustrian bahawa mereka akan mengurangkan pembebasan gas rumah kaca mereka secara kolektif sebesar 5.2% berbanding tahun 1990. Enam gas rumah kaca itu ialah karbon dioksida, metana, nitrus oksida, sulfur heksafluorida, kloroflurokarbon/CFC, dan perfluorokarbon/PFC. Manakala tahap pengurangan pembebasan gas rumah kaca mengikut zon pula diperkirakan 8% untuk Eropah, 7% untuk Amerika Syarikat, 6% untuk Jepun, 0% untuk Rusia, dan penambahan yang diizinkan sehingga 8% untuk Australia dan 10% untuk Britain.

Sumbangan Malaysia

  1. Malaysia mencadangkan agar dana alam sekitar sedunia yang ada sekarang lebih mudah diperoleh..
  2. Malaysia juga mencadangkan pembentukan satu tabung besar, dibiayai oleh negara-negara maju, bagi membantu negara membangun meningkatkan pelindungan masing-masing daripada perubahan iklim.
  3. mencadangkan bantuan tabung antarabangsa dalam rekaan semula pengeluaran dan pengangkutan yang lebih mesra alam.
  4. Pemuliharaan hutan tropika.
  5. Proses saling bergantung dan hormat menghormati Negara Membangun-Negara kaya.

Pemanasan global-suhu purata permukaan bumi dijangka akan meningkat di antara 1.1C hingga 6.4C (1990 dan 2010) yang sebahagian besarnya berpunca dpd kesan rumah kaca (Green House effect).

Apakah Kesan Rumah Kaca?

Kebanyakan sumber tenaga dibumi diperoleh dpd sinaran cahaya matahari. Cahaya matahari ini berubah menjadi panas dan diserap oleh permukaan bumi. sebahagian dpd sisa cahaya akan dipantulkan kembali ke atmosfera. walau bagaimanapun sebahagian dpd udara ini terperangkap di atmosfera akibat dpd pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrus oksida (N2O), ozon (O3) dan gas metana. Gas-gas ini menyerap dan memantulkan kembali radiasi gelombang yang dipancarkan oleh bumi dan menyebabkan ia terperangkap. Ulangan proses ini menyebabkan suhu semakin meningkat tahun demi tahun.

Dari mana datangnya gas-gas ini?

Akibat kegiatan manusia seperti pembakaran sisa pepejal dan bahan api fosil, pertanian dan penternakan. Karbon dioksida terhasil daripada pembakaran sisa pepejal, bahan api fosil dan kayu. Penghasilan bahan api fosil, penguraian sisa pepejal ditapak pelupusan sampah dan kegiatan penternakan menyebabkan pelepasan gas metana. Lain-lain gas terhasil daripada kegiatan industri dan pertanian.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC)-menetapkan tiga gas utama sebagai penyumbang gas rumah kaca yang perlu dikurangkan Karbon dioksida, metana dan nitrus oksida. Gas-gas ini berupaya menyerap haba yang sepatutnya dilepaskan ke atmosfera bumi (Troposfera –Ionosfera). Haba yang diperangkap inilah yang menyebabkan berlakunya pemanasan permukaan bumi atau lebih dikenali sebagai kesan rumah kaca atau green house effect.